Friday, 11 May 2012

WARNA WARNI SEPANJANG JALAN DI SKS 27(2).....................


Hati bangga menjadi ahli sebahagian warga SKS 27(2)..Pelbagai warna warni yang disusuri sepanjang berada di sini sehingga kini........Aku mula menjejak kaki ke sini 16 MEI 2008 sempena Hari Guru aku ditempatkan sekolah yang memberi inspirasi membina impian memburu mimpi agar jadi realiti..Banyak lagi laangkah-langkah dan lorong-lorong yang belum kususuri dan belum sampai kepada yang hak...

           Riak yang terpapar di wajahku menunjukkan aku hatiku sudah berseni di daerah ini. Tertanam perasaan sayang yang mendalam mencipta kelainan pada titik persinggahan ini. Kejujuran terpancar pada mata-mata bundar anak didik yang mahukan sesuatu yang lebih positif, kreatif , lebih ke hadapan,lebih menyerlah dalam semua aspek duniawi dan akhirat.

          Lakaran sejarah menyorot kehadiranku di sini amat bermakna dan menyimpul salah satu kenangan yang terindah sepanjang aku bergelar pendidik . Variasi tinta-tinta yang terlakar indah menyuntik semangat dalam terus ku melunaskan tanggungjawab kernaNYA....




By Ruslina Yunus (Albums) · Updated about 2 months ago · Taken at Seksyen 27 · 
Edit albumhttps://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/196565_1739024509462_1054112619_31832466_5008405_n.jpg 




(Albums) · Updated about 10 months ago · 

No comments:

Post a Comment