Monday, 18 December 2023

 PERKONGSIAN P2 2023

Assalamualaikum
Salam perpaduan

Firman Allah SWT yang bermaksud,“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya . (oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Hujuraat, ayat 12

Kehidupan yang lebih tenang tika hati kita sentiasa bersangka baik dalam sesuatu perkara.

Perkongsian kali ini adalah TAPAK POWER POINT MESYUARAT GURU BIL 1 2024/2025 . Perkongsian sahabat kepada sahabat adalah perkongsian yang boleh diubah mengikut kesesuaian sahabat-sahabat semua.

Tuan puan sahabat sila klik bahagian file ada beberapa contoh tapak mesyuarat guru lagi. Sila download di sana.

https://www.facebook.com/groups/426750820814752/?multi_permalinks=2608634405959705&notif_id=1702940956952456&notif_t=feedback_reaction_generic&ref=notif


Moga kita semua dimurahkan rezeki, dilindungi dan dipermudahkan urusan kita semua.

SANTAI- SANTAI AJA🥰