“Aduh
! Diakah itu ?” gerutuku dalam hati. “Mengapalah malang nasibku hari ini ? Tetiba
sahaja wajah itu datang lagi. Wajah yang telah pun ku usir jauh-jauh dari kotak
mindaku.
Aku
bagaikan baru ternampak hantu. Hantu yang membuatkan aku jadi haru. Mukaku mula berkerut seribu. Ternyata wajah
yang aku jumpa itu menghantui fikiranku
kini. Ibarat racun sedikit demi sedikit mula menyerap pada semua
bahagian tubuhku. Amat menyakitkan. Pedih merentap ketenangan yang ku rasa . Terasa
darahku menyirap . Bahang panas di luar kereta bagai masuk ke dalam tubuhku.
Pendingin hawa keretaku tidak dapat menyejukkan jiwaku . Tetiba badanku jadi
berpeluh-peluh . Aku jadi bungkam. Kereta yang ku pandu bagai terasa apa yang
tuannya alami . Dadaku berombak laju . Jalan yang sesak lebih menyesakkan
jiwaku .
Aku memandang ke langit terbuka, luas tidak bertepi. Biru yang mendamaikan .
Kebiruan itu tidak kena masanya. Terasa seperti kebiruan itu bertukar kepada
hitam sehitam-hitamnya . Tiba-tiba aku berasa ada tembok yang memisahkan diri aku dengan kebiruan yang mendamaikan. Warna
itu terbenam manakala hati ini ada lagu
yang menyesakkan.
Aku memberhentikan keretaku
di bahu jalan. Mataku melilau mencari restoran makanan segera bagi aku duduk
sebentar. Bukannya aku lapar tetapi aku mahu menenangkan fikiranku sebentar.
Minum segelas air agar aku boleh kembali bertenang .Ketakutan menyelinap
datang. Aku khuatir aku akan rebah. Aku rasa bagai aku tidak boleh menahan diri
.
Mengapalah wajah itu hadir ?
Saat aku mula mengecap kegembiraan. Tika aku rasa kedamaian menyelimuti hidupku
. Bertapa sukarnya aku cuba melupakannya . Aku terus mencuba . Aku parsah apa
yang berlaku . Namun aku juga manusia biasa . Sabarku ada hadnya . Manusia mana
yang boleh sabar jika dicabar berkali-kali . Lantaran pula yang menjatuhkan
maruah diri.
Radio tiba-tiba memutarkan
lagu lama . Lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi evergreen yang suaranya merdu
mendayu-dayu. Irama dan lirik yang ku dengar mengusik jiwaku. Seluruh tubuhku
lemah. Tidak bermaya rasanya . Wajah itu datang kembali . Aku terduduk .
Majalah yang baruku beli terlepas dari tanganku . Aku rasa tiada kudrat untuk
aku menahan diriku daripada jatuh .
Juruhebah terus membuka
bicara ,” Kenangan lalu sukar untuk dilupakan. Tambahan pula bila lukanya
terlalu dalam sehingga ke dasar hati . Memang payah untuk mengusirnya . Namun
yang berlalu biarlah berlalu .”
Aku terpana. Kata-kata
juruhebah itu menghidupkan lagi kisah itu . Kisah itu kembali datang bertamu
dalam kota mindaku. Sesuatu yang lama yang sememangnya telah ku usir daripada
fikiranku . Masihku ingat pagi itu . Aku duduk di kerusi yang biasa Melakukan rutin setiap pagi membuat jadual
guru ganti . Hari ini memang ramai . Seramai lima orang yang tiada di sekolah
pagi ini . Aku tahu guru-guru ini bukannya sengaja . Mereka ada sebab
tersendiri mengapa mereka tidak hadir bekerja .
“ Morning boss,”tegurku pada
Mohamad Ikmal yang baru tiba pagi itu. Mohamad Ikmal adalah Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Selasih. Sekolah tempat aku bertugas . Beliau membalas dengan senyuman. Beliau baik
orangnya. Terlalu baik sehinggakan ada yang mengambil kesempatan atas
kebaikannya .
“ Bos, jadi hari ini
mesyuarat pengurusan kita ?” tanyaku .
“Tentulah jadi . Kita
mesyuarat pukul 9 pagi. “kata bosku. “Puan Aini order makanan ya ,”arah bosku .
“ Big bos nak makan apa hari
ini ,”tanyaku lagi .
“ Apa-apa pun tidak mengapa,
tolak kayu dan besi,” gurau bosku.
“Ok,bos “ jawabku .
Bergitulah selalu . Aku suka
bekerja dengan Guru Besarku ini. Beliau memang baik . Selalu memberi tunjuk
ajar dan nasihat kepadaku . Aku amat menghormatinya . Tambahan pula aku memang
seorang pekerja yang sentiasa menurut perintah . Selalu berbincang apa sahaja
tentang kerja dengan Guru Besarku . Aku tidak pernah membelakangi dirinya . Setiap
yang aku laksanakan pasti aku laporkan kepadanya. Malah ianya aku selalu
jadikan rutin dalam tuntutan kerja.
Aku terus mencapai pen maker
. Aku menulis di papan putih di hadapan pejabat .Mesyuarat pengurusan akan diadakan hari ini . Ianya perlu dihadiri
oleh semua penolong kanan dan ketua kerani sekolah ini. Tidak lupa juga Puan
Sanisah ,Guru Bimbingan dan Kaunseling .
Sepontan jariku mendail nombor Pengurus Kantinku ,Salnah . Terus aku
memesan makanan untuk mesyuarat hari ini .
Suasana sunyi mulai hingar.
Satu persatu guru tiba . Masing-masing mula menanda tangani buku kehadiran.
Mereka mula berbual sesama sendiri. Ada di antaranya melilau mencari jika nama
mereka naik untuk guru ganti . Ada sahaja perkara yang dibicarakan. Dari
perihal kerja hinggalah melibatkan peribadi. Begitulah selalu . Masing-masing
dengan kerenah tersendiri .
Tepat pukul Sembilan pagi aku mengajak Guru
Besarku masuk ke bilik mesyuarat . Kami jalan beriringan . Di dalam aku dapati
telah siap menanti Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama Ketua kerani sekolah
tersebut . Mereka berbual-bual sambil makan kacang . Aku pun turut sama makan
kacang dan berbual=bual sambil menunggu penolong-penolong kanan yang lain
datang .