Saturday, 24 November 2012

bicara .....hak pada haknya



sekadar bicara ......rasa dari jiwa

hamparan kehidupan memberkas rasa
terasa amarah memuncak pada tangan-tangan yang hina
mengocak kedamaian hanya melimpahi kantung sendiri
membantutkan perpaduan dalam jelas dan tersembunyi


tanpa perduli darah pejuang membasahi bumi
begitu teruja dalam kebebasan berbaloi dan nyata
harga tidak ternilai demi kesempurnaan kehidupan seterusnya
melerai tiap ketakutan dek penjajah yang tahu mengheret poket penuh berisi ke tempat asalnya
mengembalikan kuntuman senyuman pada semua penghuni

tanpa perduli nasihat si tua yang pasti rasa garam masin atau sebaliknya
dianggap gurauan tanpa ambil pusing amanah dan tanggung-jawabnya
disepak terajang padahal situalah yang banyak menginjak ke arah kemajuan yang dinikmati
ditertawakan 


tanpa perduli hukum hakam yang ngeri kalau dipertontonkan melanggar batas dan sempadannya
menyepi tanpa gerun tika ke alam abadi

tanpa perduli bicara sumbang dalam dusta yang katanya benar belaka
berkokok tanpa berhenti menyeringai dalam menghimpun dosa yang tiada makna

tanpa perduli lolongan-lolongan ratap tangis kisah sebenar
hanya tahu bersendiwara dalam pelakun dan skrip yang telah tersedia lakunya

tanpa perduli tiap hak-hak dalam setiap sen yang diperguna
yang bermakna hanya persen dapat dilonggok menggunung demi kroni yang ada

tanpa perduli mata-mata bundar ada haknya
melakar dan mewarnai bumi suatu masa nanti
demi kesinambungan kelancaran kehidupan




Friday, 23 November 2012

rindu............


sejarah berulang mengamit rindu..............


takkala aku melintas di laluan yang sama
aku terpaku dalam ingatan semalam yang menjengah semula
menjadi aku perindu yang menitip rasa dalam sendu
mencari-cari kisah semalam yang baru terasa bermula
antara sedar aku kehilangan yang mana kian terpadam
dalam perjalanan yang tak mungkin kembali semula

takkala aku beriringan di batas yang sama
aku terjelepuk dalam kadar rasa yang meraih juraian airmata
merembes tak dipaksa tika cerita berkisah di perdu masa
terasa tapak tak terdaya melangkah mencari jejak yang ditinggalkan lama
hati-hati yang berkecamuk antara rindu dan airmata

takkala cerita kembali melingkari rasa
ku lihat betapa indah kilauan kehidupan antara sesama keluarga
meniti tiap jalan yang terbentang dengan limpahan kasih tiada bezanya
tergiang seloka bonda bercerita tiap malam dikeliling permata 
beriringan mewarna siang dan malam dengan rasa dan corak yang nyata

takkala menyeberang sungai di tempat yang sama
arus deras terasa mencengkam kembali bertaut tiap rantaian kisah yang bertamu
masih terasa gigil tiap kali meniti empangan menuju ke seberang
mencetus semangat juang yang tidak pernah pudar dalam membina tembok
demi menjadikan tiap warna seterusnya adalah lebih bermakna dan dihargai

takkala meniti jambatan gantung di hilir
aku termanggu dalam kisah tengkujuh yang berkunjung tiba
serasa kaki lenguh menghilir menempuh lumpur dan selut
tiada suara lagi tika pacat kekenyangan hinggap pada betis 
tiada bicara lagi tika nafas tercungap-cungap merentas gelap yang semakin nyata

sejarah telah tertinta
mencetus rasa dalam langkah dan gaya
tiap jejak terpahat bangga 
kerana dilingkari mata hati yang ada jiwa

lina my 23 november 2012 
putra height





Wednesday, 21 November 2012





SEPANJANG JALAN KENANGAN...................2012

permulaan yang bersirat
dalam liku-liku keserabutan
mencari titik dalam garisan yang lurus
mencelah antara sempadan dan tembok yang penuh kawat berduri
terlalu sesak dengan bicara yang hanya pandai berkokok
dalam kecelaruan yang tiada beza
antara langit yang membiru atau ombak yang tersiksa

tika diruntun patahnya sayap
ternyata ada rasa yang berjiwa
menyambut menadah menyahut dengan mata hati
menyinsing kekalutan dalam taufan yang beredar
menyaksikan gelagat sebenar di belakang sendiwara
nyata terbentang penghuni hati
menyemarakkan tiap langkah melangkau sepantas rasa
menyiram kesejukan di hujung kepanasan hati
kesabaran teruji dalam jerangkap samar yang menyakitkan

rantaian mutiara menyerlah mengerdip
menyauk tangan dalam gengaman yang hangat














Monday, 19 November 2012


...........akhirnya gugur air mata ............
Alhamdulliah...........ALLAH permudahkan segala-galanya.....

TQ............

pada Ketua Kantor yang memberi sokongan padu
pada semua yang merealisasikan impian kita semua
pada semua guru tahun 6 yang sentiasa tekun berusaha
pada semua guru-guru yang banyak membantu
pada semua warga SKS 27(2)
pada semua ibu bapa

yang paling utama...
pada PERMATA-PERMATA TAHUN 6 2012

terus berminda positif ........insyaallah kejayaan berganda 2013 akan menjadi milik kita semua ....amin




Graduasi
Selangkah.............satu permulaan
Nyata hebat dalam tangan-tangan yang prihatin






Impian.............
realiti menanti
dalam melangkah dengan penuh gaya




indahnya............
bila ada hati-hati berjiwa
menadah menyambut dalam erti mata hati



Terus melangkah
dalam bicara yang bermakna
dalam rentak yang ada seninya
dalam landasan yang ada haknya



Insyaallah.............
Dengan izinnya
Milik tetap pada haknya...........

Thursday, 8 November 2012

BILA POSITIF MENJADI PENGHUNI


selangkah menyusuri tiap warna kehidupan
pelbagai pancang-pancang kayu menghalang tiap laluan

memberi rasa sedar dari mimpi yang dicipta bersama harapan
meneraju langkah-langkah agar terus mara
ke puncak jaya

tiap laluan adalah berbeza
ada tika terlalu mudah mencipta rasa
ada masa terlalu senang mengapai impian
hati berbunga
terselit rasa bangga

ada tika terasa sukar
laluan berduri
tertusuk terasa pedih
darah memancut

ada masa terlalu payah
melawan arus kerana tiap satu adalah berbeda

namun ..
bila positif melingkari rasa
langkah gaya rasa hidup
menjadi mudah dalam permudahkan
apa yang direncanaNYA.................





lina.m.y.......9 NOVEMBER 2012

Tuesday, 6 November 2012

indahnya rasa....positif mencipta kelainan

POSITIF MENCIPTA KELAINAN YANG BERHARGA............

jalan beriringan membawa khabar bahagia
melalui lorong-lorong yang berbeda
antara sesuatu yang hebat