selangkah menyusuri tiap warna kehidupan
pelbagai pancang-pancang kayu menghalang tiap laluan
meneraju langkah-langkah agar terus mara
ke puncak jaya
tiap laluan adalah berbeza
ada tika terlalu mudah mencipta rasa
ada masa terlalu senang mengapai impian
hati berbunga
terselit rasa bangga
ada tika terasa sukar
laluan berduri
tertusuk terasa pedih
darah memancut
ada masa terlalu payah
melawan arus kerana tiap satu adalah berbeda
namun ..
bila positif melingkari rasa
langkah gaya rasa hidup
menjadi mudah dalam permudahkan
apa yang direncanaNYA.................
lina.m.y.......9 NOVEMBER 2012

No comments:
Post a Comment