sejarah berulang mengamit rindu..............
takkala aku melintas di laluan yang sama
aku terpaku dalam ingatan semalam yang menjengah semula
menjadi aku perindu yang menitip rasa dalam sendu
mencari-cari kisah semalam yang baru terasa bermula
antara sedar aku kehilangan yang mana kian terpadam
dalam perjalanan yang tak mungkin kembali semula
takkala aku beriringan di batas yang sama
aku terjelepuk dalam kadar rasa yang meraih juraian airmata
merembes tak dipaksa tika cerita berkisah di perdu masa
terasa tapak tak terdaya melangkah mencari jejak yang ditinggalkan lama
hati-hati yang berkecamuk antara rindu dan airmata
takkala cerita kembali melingkari rasa
ku lihat betapa indah kilauan kehidupan antara sesama keluarga
meniti tiap jalan yang terbentang dengan limpahan kasih tiada bezanya
tergiang seloka bonda bercerita tiap malam dikeliling permata
beriringan mewarna siang dan malam dengan rasa dan corak yang nyata
takkala menyeberang sungai di tempat yang sama
arus deras terasa mencengkam kembali bertaut tiap rantaian kisah yang bertamu
masih terasa gigil tiap kali meniti empangan menuju ke seberang
mencetus semangat juang yang tidak pernah pudar dalam membina tembok
demi menjadikan tiap warna seterusnya adalah lebih bermakna dan dihargai
takkala meniti jambatan gantung di hilir
aku termanggu dalam kisah tengkujuh yang berkunjung tiba
serasa kaki lenguh menghilir menempuh lumpur dan selut
tiada suara lagi tika pacat kekenyangan hinggap pada betis
tiada bicara lagi tika nafas tercungap-cungap merentas gelap yang semakin nyata
sejarah telah tertinta
mencetus rasa dalam langkah dan gaya
tiap jejak terpahat bangga
kerana dilingkari mata hati yang ada jiwa
lina my 23 november 2012
putra height



No comments:
Post a Comment