Sunday, 18 August 2013

Part 3 : Penyesalan

             Kartika membesar dengan sempurna . Dato’ Karman dan Datin Karmila menjaga kepentingan Kartika. Mereka memastikan Kartika mendapat pendidian dunia dan akhirat. Malah keperluan Kartika tidak mereka abaikan . Kehidupan Kartika sentiasa mengikut apa yang diatur oleh Dato’. Tidak pernah sekali pun Dato’ terlupa atau mengabaikan kehendak anak tunggalnya itu. Apa lagi Datin Karmila . Semua hal tentang Kartika akan dititik beratkan. Apa sahaja daripada keperluan luaran hinggalah keperluan dalaman. Malah beliau sentiasa memantau anak daranya itu daripada hal-hal biasa sehinggalah hal-hal yang berkaitan tentang hati. Datin tahu semuanya.   

        Tiap kali mereka ke luar daerah atau pun ke luar negara ,apabila Dato’ ada tugasan di sana tidak pernah sekali pun mereka meninggalkan Kartika keseorangan. Di mana ada Dato’ dan Datin di situlah pastinya ada Kartika. Datin tidak langsung boleh berenggang dengan Kartika. Sehinggakan Dato’ sendiri cemburu dengan sikap isterinya itu. Namun Dato’ tahu Kartika hanya seorang permata mereka .Oleh sebab itu dibuangnya rasa cemburu itu kerana Dato’ sendiri amat menyeyangi Kartika .

bersambung...........

Saturday, 17 August 2013

Minda Positif


        Sebagai hamba Allah, kita perlu bersyukur pada apa yang telah dianugerahkan kepada kita , Jangan kita menoleh lagi terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan yang kita boleh melakukan sesuatu yang bermakna dengan cita rasa dan gaya kita tersendiri....Redha dan terima seadanya apa yang ada di depan mata kita. Sebagai hambanya, kita perlu terus berusaha demi meningkatkan dir dalam pelbagai aspek ke arah yang lebih baik malah terbaik daripada biasa, lebih tinggi, lebih bermakna dan lebih bermanfaat bukan sahaja pada diri malah pada semua insan...... Helakan nafas sedalam-dalamnya dan berfikir secara matang bahawasanya celik sahaja mata di subuh hening lafazkan rasa syukur yang kita masih bernafas di muka bumi ALLAH dan masih diberi peluang untuk lakukan yang terbaik seolah-olah esok peluang itu tidak pasti lagi kerna masa kita mengharungi kehidupan di bumi ALLAH ini hanya Dia yang maha mengetahui .... Sentiasa berminda positif pada semua perkara...
        Cuba membahagiakan diri dan lupakan semua kejahatan yang telah dilakukan orang lain pada diri kita..Biarkan mereka ,.. Cuma doakan yang terbaik untuk mereka supaya ALLAH membuka pintu hati mereka ke arah melakukan kebaikan.Ingat kita hanyalah insan biasa yang cuba sedaya upaya merobahkan warna kehidupan hari ini dan seterusnya.Moga warna indah berkilauan mampu menceriakan, membahagiakan, meriangkan dan menyempurnakan bukan sahaja pada diri kita malah pada orang lain terutamanya insan-insan yang kita kasihi..........
       Atas sebuah kanvas yang terbentang..masih kosong.. Kita mula melakar seterusnya membentuk corak yang kita kehendaki berdasarkan minda yang terbuka pada alam,bumi ,angin,lautan dan sebagainya ..Cuba menzahirkan persembahan yang hendak kita tonjolkan agar mempunyai identiti dan gaya  tersendiri ..Namun kita juga tidak seharusnya syok sendiri tanpa ada sedikit pun merasai dan mengenepikan hak orang lain yang akan melihat dan menikmati apa yang kita cuba goreskan...
       Rangkaian jejak kelmarin yang penuh variasi .Jika diibaratkan sebagai warna,...   Ada tika warnanya memukau , indah membahagiakan ...Ada saat kebiruan luas saujana terbentang bergitu asyik mendamaikan...Ada masa sejuk nyaman menzahirkan ketenangan ..Ada waktu kemelut yang melanda menjadikan warna bermula dengan kelabu semakin lama semakin hitam sepekat-pekatnya malah menakutkan jiwa menghantui tiap inci perjalanan ....Namun ketahuilah warna-warna yang pelbagai membina rangkaian yang stabil merubah menjadi satu yang penuh kematangan.
         Lakaran yang terpampang dioleskan dengan pelbagai warna mengikut rasa yang ada jiwanya...Jejari terus menari-nari mencalit tiap warna dengan penuh emosi yang jujur dan telus..Akhirnya terciptalah  hasil nukilan yang hebat memberi warna dalam menjana pemikiran yang positif malah gaya persembahan memberi impak maksima pada hati-hati yang terpanggil dalam mengaplikasi dalam perjalanan menuju merealisai keinginan yang diimpikan.
         Kanvas yang pada mulanya kosong bertukar menjadi sesuatu yang hebat dan bernilai .Insan bisa merubah ..insan pasti akan berubah...malah nyata akan berubah atas warna yang dikehendakinya..Jika warna yang dipilih itu yang baik malah terbaik maka hasilnya akan terus berkilauan mencipta kelainan namun jika sebaliknya ia akan rugi kerana indahnya adalah seketika namun apabila iklim bertukar ...musim berakhir maka lenyaplah ia ...menjadi satu igauan yang akan menghantui sepanjang hidupnya...           Sebagai pelaksana yang menunaikan amanah yang dipertanggung jawabkan pastikan jalan ,laluan dan lorong yang disusuri, berada di landasan yang benar dan hak.....Malah pastikan ianya tidak melanggar batasan dan hokum ALLAH… Kita adalah hambaNya yang pasti mahukan sesuatu yang bermakna bukan sahaja dalam kehidupan kita malah semua insan...Tingkatkan kesabaran pada tahap yang optima dan pastinya dengan izinNYA..... hikmah  besar akan kita terima..
                                           
      insan bisa merancang ..
      insan bisa melaksana..
      insan bisa berusaha...
      insan bisa mencipta...
      namun .....
      ALLAH yang maha berkuasa ..
      Dialah yang maha mengetahui ...
      PadaNya kita berserah..
      kerna Dia...
      Maha mengasiani
      Maha menyayangi
       Dan Dia..
       Menentukan segala-galanya....


   In Syaa ALLAH..

   Lina m.y 
   11 malam
   17 Ogos 2013





 

Thursday, 1 August 2013

Penyesalan

              Kartika bungkam. Dia merebahkan badannya di atas tilam empuk yang berona biru pilus warna kegemarannya dari dulu lagi. Namun warna itu tidak dapat mengembalikan ketenangan dalam jiwanya malah semakin terasa parah Dia cuba melelapkan matanya yang bundar namun tiada apa lagi yang dapat melenyapkan kegundahan yang bersarang di mindanya itu 

             "Mengapa ianya berlaku ? ",gerutu hati kecil Kartika kerana baginya perjalanan hidupnya selama ini berjalan dengan penuh baik. Tiada cacat celanya Malah kehidupannya sentiasa dilingkari penuh keindahan . Hatinya sentiasa berbunga-bunga kasih. Tiada apa yang kurang malah melimpah ruah . Apa tah lagi Kartika menjadi anak kesayangan Dato' Karman dan Datin Karmila . Cahaya kasih sayang mereka tidak pernah luak . Mereka berdua menatang Kartika dengan penuh kasih sayang. apa sahaja yang kemahuan Kartika akan cuba mereka penuhi. Kartika sahajalah permata mereka berdua .



.bersambung..