Sebagai
hamba Allah, kita perlu bersyukur pada apa yang telah dianugerahkan kepada kita
, Jangan kita menoleh lagi terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan
yang kita boleh melakukan sesuatu yang bermakna dengan cita rasa dan gaya kita
tersendiri....Redha dan terima seadanya apa yang ada di depan mata kita.
Sebagai hambanya, kita perlu terus berusaha demi meningkatkan dir dalam
pelbagai aspek ke arah yang lebih baik malah terbaik daripada biasa, lebih
tinggi, lebih bermakna dan lebih bermanfaat bukan sahaja pada diri malah pada
semua insan...... Helakan nafas sedalam-dalamnya dan berfikir secara matang
bahawasanya celik sahaja mata di subuh hening lafazkan rasa syukur yang kita
masih bernafas di muka bumi ALLAH dan masih diberi peluang untuk lakukan yang
terbaik seolah-olah esok peluang itu tidak pasti lagi kerna masa kita
mengharungi kehidupan di bumi ALLAH ini hanya Dia yang maha mengetahui ....
Sentiasa berminda positif pada semua perkara...
Cuba membahagiakan diri dan lupakan
semua kejahatan yang telah dilakukan orang lain pada diri kita..Biarkan mereka
,.. Cuma doakan yang terbaik untuk mereka supaya ALLAH membuka pintu hati
mereka ke arah melakukan kebaikan.Ingat kita hanyalah insan biasa yang cuba
sedaya upaya merobahkan warna kehidupan hari ini dan seterusnya.Moga warna
indah berkilauan mampu menceriakan, membahagiakan, meriangkan dan
menyempurnakan bukan sahaja pada diri kita malah pada orang lain terutamanya
insan-insan yang kita kasihi..........
Atas sebuah kanvas yang terbentang..masih kosong.. Kita
mula melakar seterusnya membentuk corak yang kita kehendaki berdasarkan minda
yang terbuka pada alam,bumi ,angin,lautan dan sebagainya ..Cuba menzahirkan
persembahan yang hendak kita tonjolkan agar mempunyai identiti dan gaya
tersendiri ..Namun kita juga tidak seharusnya syok sendiri tanpa ada sedikit
pun merasai dan mengenepikan hak orang lain yang akan melihat dan menikmati apa
yang kita cuba goreskan...
Rangkaian jejak kelmarin yang penuh variasi .Jika diibaratkan sebagai warna,...
Ada tika warnanya memukau , indah membahagiakan ...Ada saat kebiruan luas
saujana terbentang bergitu asyik mendamaikan...Ada masa sejuk nyaman
menzahirkan ketenangan ..Ada waktu kemelut yang melanda menjadikan warna
bermula dengan kelabu semakin lama semakin hitam sepekat-pekatnya malah
menakutkan jiwa menghantui tiap inci perjalanan ....Namun ketahuilah
warna-warna yang pelbagai membina rangkaian yang stabil merubah menjadi satu
yang penuh kematangan.
Lakaran yang terpampang dioleskan dengan pelbagai warna mengikut rasa yang ada
jiwanya...Jejari terus menari-nari mencalit tiap warna dengan penuh emosi yang
jujur dan telus..Akhirnya terciptalah hasil nukilan yang hebat memberi warna dalam
menjana pemikiran yang positif malah gaya persembahan memberi impak maksima
pada hati-hati yang terpanggil dalam mengaplikasi dalam perjalanan menuju
merealisai keinginan yang diimpikan.
Kanvas yang pada mulanya kosong bertukar menjadi sesuatu yang hebat dan
bernilai .Insan bisa merubah ..insan pasti akan berubah...malah nyata akan
berubah atas warna yang dikehendakinya..Jika warna yang dipilih itu yang baik
malah terbaik maka hasilnya akan terus berkilauan mencipta kelainan namun jika
sebaliknya ia akan rugi kerana indahnya adalah seketika namun apabila iklim
bertukar ...musim berakhir maka lenyaplah ia ...menjadi satu igauan yang akan
menghantui sepanjang hidupnya... Sebagai pelaksana yang
menunaikan amanah yang dipertanggung jawabkan pastikan jalan ,laluan dan lorong
yang disusuri, berada di landasan yang benar dan hak.....Malah pastikan ianya
tidak melanggar batasan dan hokum ALLAH… Kita adalah hambaNya yang pasti
mahukan sesuatu yang bermakna bukan sahaja dalam kehidupan kita malah semua
insan...Tingkatkan kesabaran pada tahap yang optima dan pastinya dengan
izinNYA..... hikmah besar akan kita terima..
insan bisa merancang ..
insan bisa melaksana..
insan bisa berusaha...
insan bisa mencipta...
namun .....
ALLAH yang maha berkuasa ..
Dialah yang maha mengetahui ...
PadaNya kita berserah..
kerna
Dia...
Maha mengasiani
Maha menyayangi
Dan Dia..
Menentukan segala-galanya....
In Syaa ALLAH..
Lina m.y
Lina m.y
11 malam
17 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment