Wednesday, 19 March 2014

RASA DARI DASAR............

           Mencari satu kelainan dalam melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif untuk menjana idea yang segar untuk dipersembahkan kepada semua yang disasarkan. 

              Ketabahan menghadapi setiap halangan dan dugaan dalam merentasi tiap langkah demi langkah agar tiap satu yang telah direncanakan mengikut produk sendiri dan bersesuaian dengan alam persekitaran merangkumi semua aspek kehidupan.

             Semangat perlu disemarakkan lagi demi tidak gentar dalam menghadapi liku-liku permasalahan akan timbul sepanjang pergembaraan menuju destinasi yang hendak digapai.

       Setiap matlamat dan cita yang dihajati seiring dengan pergorbanan dalam pelbagai bentuk malah merangkumi dari aspek luaran dan dalaman. Malah kesediaan diri meluangkan masa dalam memastikan tiap strategi yang dirancang berjalan seperti apa yang ditetapkan. 

               Namun kefahaman dalam ruang kehidupan insan bisa merencana. Insan bisa berusaha sebenar-benarnya usaha..namun ketetapan , ketentuannya adalah pada yang Esa....


nukilan
Lina.m.y 
skrm 20 mac


Monday, 17 March 2014

KURSUS PEMBESTARIAN FROG VLE DAAM PENAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TARIKH :  21 OKTOBER 2013 ,ISNIN
MASA    :  8.00 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT: HOLIDAY VILLA
PENGANJUR : VLE FROG



LAPORAN

Program dilaksanakan dalam 3 sesi. Sesi pertama adalah sesi ucapan Pengerusi Vle Frog dan diikuti ucap utama dari Timbalan Pengarah JPS . Dalam ucapannya beliau meminta agar semua sekolah-sekolah rendah dan menengah di Negeri Selangor menggunakan dan membudayakan penggunaan Vle Frog terutamanya di kalangan guru ,murid dan ibu bapa. Penggunaan akan meningkat sekiranya budaya membina SITE untuk P & P dalam portal sekolah Frog Vle dilaksanakan oleh pihak pendidik secara optima akan menjana lebih ramai penggunaan line tersebut di kalangan murid-murid. Pembelajaran maya alaf 21 ini dapat menarik minat pelajar dalam membina jaringan komunikasi dengan mengikuti tiap SITE yang dijana oleh guru .