Mencari satu kelainan dalam melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif untuk menjana idea yang segar untuk dipersembahkan kepada semua yang disasarkan.
Ketabahan menghadapi setiap halangan dan dugaan dalam merentasi tiap langkah demi langkah agar tiap satu yang telah direncanakan mengikut produk sendiri dan bersesuaian dengan alam persekitaran merangkumi semua aspek kehidupan.
Semangat perlu disemarakkan lagi demi tidak gentar dalam menghadapi liku-liku permasalahan akan timbul sepanjang pergembaraan menuju destinasi yang hendak digapai.
Setiap matlamat dan cita yang dihajati seiring dengan pergorbanan dalam pelbagai bentuk malah merangkumi dari aspek luaran dan dalaman. Malah kesediaan diri meluangkan masa dalam memastikan tiap strategi yang dirancang berjalan seperti apa yang ditetapkan.
Namun kefahaman dalam ruang kehidupan insan bisa merencana. Insan bisa berusaha sebenar-benarnya usaha..namun ketetapan , ketentuannya adalah pada yang Esa....
nukilan
Lina.m.y
skrm 20 mac
No comments:
Post a Comment