Sunday, 25 May 2014

KELAS MENCANAI MINDA

Keresahan
 
Dalam kisah tetiba hadir dalam jaga
Mencari siapakah diri
Dicelah warna yg terdampar jelas

Akukah yang hilang
Dalam gelumangan bicara
Tika riuh rendah berkokok di merata
Pada kisah yang tentunya entah apa
Lantaran tersirat yang tiada nyata

Riak-riak kian terlukis
Menjadi api yang semakin marak
Takut tiada air bisa memadam
Dek kata lama terkunci

Jejak2 lampau kembali menjengah
Mencair bara-bara tanpa sempadan
Demi jangkauan mendatang
Pastikan sejarah tetap tersusun 

Tetiba ....
Lena terjaga
Mimpi ngeri berterbangan
Namun keresahan
Tetap ada
Selagi namanya manusia.

Lina my D1 upm



Saturday, 24 May 2014

MELANGKAH DENGAN GAYA SKRM

MELANGKAH DENGAN GAYA SKRM

PROGRAM KEM BERUCAP BERSAMA PELAJAR UITM

Syabas semua permata yg mengikuti.


Tahniah. ..pada GB Tn Hj Kamaruzzaman Yahya dan


semua AJK pelaksana.


Tq pada Pusat Kokurikulum UITM dan mahasiswa 


mahasiswi yg terlibat.






































Sunday, 18 May 2014

MELANGKAH DENGAN GAYA SKRM


Ziarah Penyampai Radio Klasik RTM Shila Baruddin pada hari Jumaat 16 Mei 2014.







Tuesday, 13 May 2014

KELAS MENCANAI MINDA


Alhamdulliah. ...

Angin semalam 
Ternyata hilang kawalan
Kencang dalam rencam
Berterbangan jejak2 suram
Satu persatu ianya gugur
Dalam gemersik esak 
Memecah keheningan malam

Bayu pun tiba
Kian berpuput gemalai 
Semakin terasa nyaman
Membawa rahmat
Memberi nikmat
Merangsang jiwa

Membuka ruang dan peluang
Sekian kalinya
entah berapa
Tetap kali kedua....


Keindahan rasa

Angin 
Bertiup mengikut arah
Sentiasa berubah
Masa menentukannya

Sentiasa mengikuti arah
Asyik tertari gaya tari sama
Kerap tersilap langkahnya
Sering disalah tafsirkan
Selalu menerima bahana

Sesekali bertukar arah
Sesekali melawan arus
Sesekali menentang 
Sesekali itu
Sesekali hanya sesekali

Angin terus menderu
Mengikuti menyusuri
Tiba hadnya
Pada takat larasnya
Akhir yg pasti
Hak tetap pada yang hak 

Lina.my
Surga rumahku


KELAS MENCANAI MINDA

Keindahan rasa

Angin 
Bertiup mengikut arah
Sentiasa berubah
Masa menentukannya

Sentiasa mengikuti arah
Asyik tertari gaya tari sama
Kerap tersilap langkahnya
Sering disalah tafsirkan
Selalu menerima bahana

Sesekali bertukar arah
Sesekali melawan arus
Sesekali menentang 
Sesekali itu
Sesekali hanya sesekali

Angin terus menderu
Mengikuti menyusuri
Tiba hadnya
Pada takat larasnya
Akhir yg pasti
Hak tetap pada yang hak 

Lina.my
Surga rumahku









KELAS MENCANAI MINDA

BIARLAH AKU TERBANG


Aku ingin terbang
Menerawang mencari diri
Mencuba membuka kotak masa
Dalam tiap salur kelmarin

Tika berada d iangkasaraya
Diri bagai melangkaui landasan biasa
Menembus pada arah
Yang kekadang bertentangan
Dari sisi pandangan mata

Aku terus terbang lagi
Mengepakkan sayap semakin lebar
Mengintai ruang dan peluang
Meloloskan diri dari gerbang terbuka

Ada tika terasa lelah
Meredah tiap ruang terbuka
Cuba melakar tapi tak pasti
Cuba mewarna tapi tidak mampu berseni

Aku terus terbang
Tanpa kompromi
Atas tafsir yang nyata
Tiba masa
Tika ada
Pasti tiba jua
Pada noktah yang ada haknya

lina my putra height

PUTRA JAYA - MENGINTAI KEDAMAIAN

MELANGKAH DENGAN GAYA SKRM




PROGRAM SARANA IBUBAPA SKRM 2


SELASA ,13 MEI 2014


KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYONG MANAKAN DAPAT SAGUNYA......

Tahniah pada semua ibubapa yang hadir.


Syabas kepada Guru Besar SKRM Tuan Haji Kamaruzzaman bin Yahya , AJK dan warga guru yang hadir menjayakan program tersebut . In Sya ALLAH setiap langkah adalah langkah pertama . Setiap masa terbuka untuk peluang kali kedua dalam terus menjana kecemerlangan berganda.






Tuan Haji Kamaruzzaman bin Yahya memberi penerangan tentang sarana kepada ibu bapa yang hadir .



Terima kasih .AJK Pendaftaran melaksanakan tugas yang diberikan.


Sokongan moral dari salah seorang ibu bapa SKRM .



Ibu bapa yang hadir memberi sokongan padu.





























Tq...AJK pelaksana..



tq.... AJK SMS 



Sokongan padu menjana semangat ke arah kecemerlangan berganda.