Saturday, 2 November 2013

Lambaian Kelmarin

            “Aduh ! Diakah itu ?” gerutuku dalam hati. “Mengapalah malang nasibku hari ini ? Tetiba sahaja wajah itu datang lagi. Wajah yang telah pun ku usir jauh-jauh dari kotak mindaku.
            Aku bagaikan baru ternampak hantu. Hantu yang membuatkan aku jadi haru.  Mukaku mula berkerut seribu. Ternyata wajah yang aku jumpa itu menghantui fikiranku  kini. Ibarat racun sedikit demi sedikit mula menyerap pada semua bahagian tubuhku. Amat menyakitkan. Pedih merentap ketenangan yang ku rasa . Terasa darahku menyirap . Bahang panas di luar kereta bagai masuk ke dalam tubuhku. Pendingin hawa keretaku tidak dapat menyejukkan jiwaku . Tetiba badanku jadi berpeluh-peluh . Aku jadi bungkam. Kereta yang ku pandu bagai terasa apa yang tuannya alami . Dadaku berombak laju . Jalan yang sesak lebih menyesakkan jiwaku .
            Aku memandang ke langit terbuka, luas tidak bertepi. Biru yang mendamaikan . Kebiruan itu tidak kena masanya. Terasa seperti kebiruan itu bertukar kepada hitam sehitam-hitamnya . Tiba-tiba aku berasa ada tembok yang memisahkan diri aku  dengan kebiruan yang mendamaikan. Warna itu  terbenam manakala hati ini ada lagu yang menyesakkan.
Aku memberhentikan keretaku di bahu jalan. Mataku melilau mencari restoran makanan segera bagi aku duduk sebentar. Bukannya aku lapar tetapi aku mahu menenangkan fikiranku sebentar. Minum segelas air agar aku boleh kembali bertenang .Ketakutan menyelinap datang. Aku khuatir aku akan rebah. Aku rasa bagai aku tidak boleh menahan diri .
Mengapalah wajah itu hadir ? Saat aku mula mengecap kegembiraan. Tika aku rasa kedamaian menyelimuti hidupku . Bertapa sukarnya aku cuba melupakannya . Aku terus mencuba . Aku parsah apa yang berlaku . Namun aku juga manusia biasa . Sabarku ada hadnya . Manusia mana yang boleh sabar jika dicabar berkali-kali . Lantaran pula yang menjatuhkan maruah diri.
Radio tiba-tiba memutarkan lagu lama . Lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi evergreen yang suaranya merdu mendayu-dayu. Irama dan lirik yang ku dengar mengusik jiwaku. Seluruh tubuhku lemah. Tidak bermaya rasanya . Wajah itu datang kembali . Aku terduduk . Majalah yang baruku beli terlepas dari tanganku . Aku rasa tiada kudrat untuk aku menahan diriku daripada jatuh .
Juruhebah terus membuka bicara ,” Kenangan lalu sukar untuk dilupakan. Tambahan pula bila lukanya terlalu dalam sehingga ke dasar hati . Memang payah untuk mengusirnya . Namun yang berlalu biarlah berlalu .”
Aku terpana. Kata-kata juruhebah itu menghidupkan lagi kisah itu . Kisah itu kembali datang bertamu dalam kota mindaku. Sesuatu yang lama yang sememangnya telah ku usir daripada fikiranku . Masihku ingat pagi itu . Aku duduk di kerusi yang biasa  Melakukan rutin setiap pagi membuat jadual guru ganti . Hari ini memang ramai . Seramai lima orang yang tiada di sekolah pagi ini . Aku tahu guru-guru ini bukannya sengaja . Mereka ada sebab tersendiri mengapa mereka tidak hadir bekerja .
“ Morning boss,”tegurku pada Mohamad Ikmal yang baru tiba pagi itu. Mohamad Ikmal adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Selasih. Sekolah tempat aku bertugas . Beliau  membalas dengan senyuman. Beliau baik orangnya. Terlalu baik sehinggakan ada yang mengambil kesempatan atas kebaikannya .
“ Bos, jadi hari ini mesyuarat pengurusan kita ?” tanyaku .
“Tentulah jadi . Kita mesyuarat pukul 9 pagi. “kata bosku. “Puan Aini order makanan ya ,”arah bosku .
“ Big bos nak makan apa hari ini ,”tanyaku lagi .
“ Apa-apa pun tidak mengapa, tolak kayu dan besi,” gurau bosku.
“Ok,bos “ jawabku .
Bergitulah selalu . Aku suka bekerja dengan Guru Besarku ini. Beliau memang baik . Selalu memberi tunjuk ajar dan nasihat kepadaku . Aku amat menghormatinya . Tambahan pula aku memang seorang pekerja yang sentiasa menurut perintah . Selalu berbincang apa sahaja tentang kerja dengan Guru Besarku . Aku tidak pernah membelakangi dirinya . Setiap yang aku laksanakan pasti aku laporkan kepadanya. Malah ianya aku selalu jadikan rutin dalam tuntutan kerja.
Aku terus mencapai pen maker . Aku menulis di papan putih di hadapan pejabat .Mesyuarat pengurusan  akan diadakan hari ini . Ianya perlu dihadiri oleh semua penolong kanan dan ketua kerani sekolah ini. Tidak lupa juga Puan Sanisah ,Guru Bimbingan dan Kaunseling .  Sepontan jariku mendail nombor Pengurus Kantinku ,Salnah . Terus aku memesan makanan untuk mesyuarat hari ini .
Suasana sunyi mulai hingar. Satu persatu guru tiba . Masing-masing mula menanda tangani buku kehadiran. Mereka mula berbual sesama sendiri. Ada di antaranya melilau mencari jika nama mereka naik untuk guru ganti . Ada sahaja perkara yang dibicarakan. Dari perihal kerja hinggalah melibatkan peribadi. Begitulah selalu . Masing-masing dengan kerenah tersendiri .

 Tepat pukul Sembilan pagi aku mengajak Guru Besarku masuk ke bilik mesyuarat . Kami jalan beriringan . Di dalam aku dapati telah siap menanti Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama Ketua kerani sekolah tersebut . Mereka berbual-bual sambil makan kacang . Aku pun turut sama makan kacang dan berbual=bual sambil menunggu penolong-penolong kanan yang lain datang . 

No comments:

Post a Comment