Tibanya tarikh 16 MEI hatiku akan kembali berbunga. Bagi diriku tarikh itu memberi pelbagai erti yang teristimewa terutamanya insan yang bergelar pendidik. Tika ini kita akan melihat kembali jalan-jalan yng kita susuri dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan ALLAH . Adakah ianya benar-benar mencakupi apa yang dikehendaki atau hanya memenuhi aspek dari imbuhan gaji yang diterima pada setiap akhir bulan.Warna kehidupan yang yang cuba kita lakar bukan semudah lukisan .Lakaran pada kertas hanya satu susunan imaginasi minda yang mahu melihat sesuatu itu sangat sempurna dan mencapai apa yang diingini. Realitinya warna warni yang cuba kita hiasi tiap perjalanan hidup seterusnya berbeda atas apa yang ditentukan ALLAh dalam menguji hamba-hambanya adakah mereka benar-benar bersabar dalam meraih kejayaan yang digapai.
TANGGUNGJAWAB MENUNAIKAN AMANAH
SURAH AN-NISA’ : 58
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis
amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhan-Nya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
Setiap insan menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ALLAH. Sebagai
hamba Allah S.W.T, kita mesti menyempurnakan segala hak Allah S.W.T.
Sebagai manusia yang sentiasa berinteraksi dengan manusia lain, kita juga perlu menunaikan amanah yang berkaitan dengan hak-hak manusia. Sehubungan itu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kita mempunyai pelbagai bentuk. Maka kita juga bebas menyempurnakan amanah-amanah tersebut dengan pelbagai cara. Hanya pastikan gaya cara dan jalan yang kita guna mengikut lunas dan landasan yang sebenar-benarnya.
Sebagai pendidik ,murid-murid bagai permata merupakan amanah Allah S.W.T yang mesti dipelihara dan dididik dengan mengikut apa yang ditetapkan oleh dasar-dasar yang dikehendaki. Setiap orang bertanggungjawab dan akan dinilai sejauh mana ia menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh amanah.
Permata-permata yang ternyata tangan-tangan yang kecil ini perlu dipimpin agar terhala kepada lorong yang betul dan benar. Adalah menjadi tugas kita sebagai pendidik untuk terus melaksanakan amanah bukan sahaja dari sudut duniawi malah merangkumi sudut akhirat . Mereka ini kalau kita renung mata-mata bundar sedalam-dalamnya adalah terlalu bersih yang mana kita sebagai pemeggang amanah mewarnai tiap-tiap minda mereka dengan pelbagai aspek demi menyiapkan diri mereka meredah liku-liku perjalanan yang seterusnya dengan lebih bermakna.
Tiap langkah yang kita ambil dan susun tidak semestinya memenuhi kehendak dan selari dengan jiwa setiap insan. Namun seharusnya perlu berminda positif dalam melihat sesuatu perancangan yang dilaksanakan. Sebagai insan yang cuba melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sesempurna yang boleh memang kita tidak dapat memenuhi keinginan orang lain. Kita cuba menjadi diri dengan mengikut gaya yang tersendiri berlari sepantas yang boleh meletakkan sesuatu ke depan dalam mencapai target menuju puncak.
Selari dengan itu kematangaan minda menangani isu-isu panas yang mana kadang kala serasa menanah telinga, berdarah seketul hati, terasa rebah hingga tiada keupayaan terbang semangat perlu kuat dari segi mental dan fizikal. Yakin dan percaya kepada diri ,kita hanya pelaksana kerna NYA. Bangkit dengan semangat perjuang pantang berundur atas apa yang mahu digapai .Tiada rasa mengalah malah serasa hendak terus melangkah lebih jauh lagi demi memburu tiap impian yang mana kita rasa kesuntukan dalam melaksanakan amanah ALLAh kerana kita tidak tahu bila masanya nafas ini akan berhenti.
Teruslah berjuang..
Teruslah terbang tinggi
Teruslah terbang tinggi
Teruslah menyinari..
Teruslah ...teruslah..
Selamat Hari Guru..........
pada semua insan yang mengelar diri mereka pendidik.




Salam....Kami guru Malaysia!
ReplyDeletePerjuangan perlu diteruskan sehingga amanah yg dijanji tertunai.
Selagi nafas berdenyut........selagi itu hala tertuju
ReplyDelete