....Putaran kehidupan ibarat roda yang mana ada masa kita akan berada di atas dan ada tika kita akan berada di bawah. Pelbagai warna menghiasi perjalanan kehidupan yanga mana memberi variasi membentuk warna seorang insan dari segi mental dan fizikal. Garapan lakaran kehidupan mengindahkan lagi pembentukan diri dalaman yang mana akan melahirkan seorang insan yang mantap berkeyakinan dan berkarisma. Pengalaman membina kekuatan mengharungi ranjau kehidupan seterusnya.
.....Sentiasa positif dalam menilai menyelesai melalui apa sahaja perjalanan yang ditentukan akan mengindahkan binaan hati menerima dengan redha apa yang tersurat ataupun tersirat. Penerimaaan dengan jujur dan ikhlas tiap variasi lakaran melahirkan ketenangan ,kedamaian dan kebahagian yang akan tertanam erat pada tiap dinding hati . Warna ini akan terpancar pada wajah yang mana memberi rona cahaya yang indah sukar ditafsirkan.
.........Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah,dan dalam setiap sesuatu pasti ada baiknya. Bersemangatlah mencari hal yang bermanfaat bagimu,mohonlah perlindungan kepada ALLAH,dan jangan mudah menyerah. Jika terjadi sesuatu kepadamu jangan kau katakanlah, kalau aku melakukan begini,maka akan begini. Tetapi katakanlah,Allah telah menentukan sesuatunya, dan apa yang dikehendakiNya maka akan terjadi. Jika engkau melakukan hal itu, maka engkau telah membuka perbuatan syaitan........
.......HR,Muslim...........
.....



No comments:
Post a Comment