Tika itu aku di tempatkan di SJK Gunung Rapat untuk menjalani praktikumku yang pertama . Betapa gementarnya hati ku apa tah lagi aku ditugaskan di sekolah yang mana 95 % adalah dari keturunan Cina. Malah sekolah itu sendiri berada di tengah-tengah penempatan masyarakat berbangsa Cina. Setiap hari aku terpaksa menaiki teksi yang disewa bersama lagi 3 orang rakanku berbangsa cina dari maktab yang sama. Aku diarahkan mengajar sesi, petang tahun 4 dan tahun 2. Guru Besarnya kulupa namanya tahu akan kecutnya aku untuk menghadapi pelajar yang sememangnya pada ketika itu tidak fasih berbahasa melayu. Aku dibawa ke kelas yang pertama, Tahun 4 . Beliau memperkenalkan diriku pada murid-murid tersebut dengan menggunakan bahasanya sendiri. Walaupun aku tidak faham apa kata-katanya namun aku tahu beliau menasihati murid-murid tersebut dengan tegas supaya mendengar kataku .Malah siap ada di tangan kanannya sebilah rotan. Seterusnya ,beliau memberitahuku akan kelas tahun 2 yang mana kelas tersebut memang tidak tahu langsung berbahasa melayu. Beliau memberi semangat dan perangsang padaku malah beliau memintaku sekiranya ada di antara pelajar yang tidak mendengar kata segera memberitahunya supaya beliau boleh mengambil tindakan.
![]() |
| Menanti di rumah sewa di Taman Cempaka teksi menuju ke SJK Gunung Rapat |
Dalam benakku bagaimanakah jadinya nanti jika pensyarahku hendak memantau. Pasti jadi haru-biru. Gila apa.. Mindaku terasa berat memikirkan hari-hari seterusnya akan ku lalui di sini. Hanya aku dan seorang rakanku lelaki dari kelas yang berlainan guru berbangsa melayu yang mengajar pada sesi petang. Aku menarik nafas panjang, Aku cuba menenangkan minda agar menjadi tenang setenang tenangnya. Aku yakin sesuatu itu yang bermula akan terus berjalan hingga akhirnya. Tidak ada sesuatu yang kita lalui mudah semudah-mudahnya, pasti setiap perjalanan itu diwarnai pelbagai lakaran yang akan mendewasakan minda kita untuk menghadapi liku-liku perjalanan yang lebih mencabar di perjalanan seterusnya.
Kelas Tahun 4 SJK Gunung Rapat
Kerisauan yang mengganggu fikiranku , terbang bersama penerimaan pelajar-pelajar tersebut yang menyambut kedatanganku dengan rasa penuh hormat. Malah mereka cuba memberi kerjasama yang terbaik . Aku semakin seronok malah akhirnya terbit rasa kasih walaupun mereka bukan sebangsaku. Tiap hari aku disambut dengan penuh kasih malah tiap apa sahaja yang kubawa pasti mereka mahu membantuku. Hinggakan tiap hari ada sahaja benda atau makanan yang hendak diberikan padaku . Aku hargai namun aku terangkan yang aku tidak boleh menerima makanan yang mereka bawa. Walau pun kadang kala jelas kekecewaan di wajah mereka aku pujuk dengan rasa kasihku . Ku terangkan sebabnya namun mereka tetap begitu setiap hari .
Lain pula dengan kelas tahun 2, puas ku mengajar mereka tentang bahasa melayu namun betapa sukarnya penerimaan mereka. Ku cuba dengan menggunakan gambar-gambar sebagai rangsangan namun mereka memang sukar memahami apa tah lagi mereka memang langsung tidak faham. Hingga ada suatu ketika aku mengajar perkataan cili berulang kali mereka tetap menyebut benda tersebut dalam bahasa mereka sendiri. Aduh betapa payahnya namun aku redha inilah ujianku. Aku berusaha belajar bahasa mereka yang mana supaya aku senang berkomunikasi dengan anak didikku itu. Aku terharu muridku yang di tahun 4 sudi mengajarku bahasa mereka. Semua itu memberi seribu warna yang menceriakan jalan-jalanku seterusnya.
Bila tiba waktuku dipantau oleh pensyarahku, ku terang sejelas-jelasnya pada beliau akan permasalahanku. Sekali lagi ALLAH membantuku , aku hanya dipantau untuk tahun 4 sahaja. Lega hatiku. Bukan sahaja aku yang rasa gementar , anak-anak muridku lebih gelabahnya daripadaku. Mereka memang memberi kerjasama sepenuhnya seperti selalu . Habis sahaja pensyarahku pulang , terus mereka berkerumun pada mejaku. Mereka mahu tahu apa yang ditulis pada borang permarkahanku. Itulah perkara yang paling utama yang aku belajar , sekiranya kita ikhlas dalam kerja kasih pada anak didik bagai anak kita sendiri walaupun apa bangsa insyaalah kerja kita akan dipermudahkan ALLAH.
Sepanjang aku ditugaskan di sekolah ini banyak pengalaman yang aku kutip dari sekecil-kecilnya zarah hinggalah sebesar-besarnya. Aku mulai merasai dan memahami apa sebenarnya bidang perguruan di dunia realiti. Apa yang dipelajari banyak membantuku dalam menyesuaikan diri dengan dunia pendidikan . Aku adalah aku yang sememangnya dari kecil lagi berangan-angan menjadi guru. Pernah suatu ketika dulu aku di tahun 4 aku sudah mula menyusun anak-anak kampung untuk menyertai sukan yang aku anjurkan. Dengan bayaran 10 sen seorang aku membeli hadiah yang mana pada waktu itu hadiahnya hanya sekadar coklat dan gula-gula. Ku mengadakan acara padang dan akhirnyaa penyampaian hadiah di padang balai polis yang berhampiran dengan rumahku.
Malah selepas aku, SRP jiranku meminta aku mengajar tuisyen anaknya. Aku diberikan upah sebanyak RM15 seorang yang mana pada waktu itu nilainya amat besar bagiku. Anak muridku pada waktu itu seramai 2 orang dan aku mengajar mata pelajaran matematik.






No comments:
Post a Comment