Friday, 2 June 2017

PENULISAN UPSR : BAHAGIAN B( ULASAN )

BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar dan carta di bawah menunjukkan Kebaikan Telefon Bimbit.
Tulis ulasan tentang kebaikan telefon bimbit dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.





contoh jawapan


Telefon bimbit merupakan salah satu alat komunikasi. Ianya dijadikan sebagai alat perhubungan antara manusia. Contohnya, melalui telefon bimbit boleh berhubung dengan keluarga yang berjauhan untuk bertanya khabar. Selain itu, ianya juga dijadikan sebagai alat untuk mengakses intenet. Hasilnya mudahlah kita untuk mendapat maklumat. Disamping itu juga, kita boleh berhibur melalui rancangan radio. Hati yang sunyi akan rasa terhibur. Malah, telefon bimbit boleh dijadikan kamera untuk merakam gambar sebagai kenang-kenangan. Tuntasnya , alat ini banyak kebaikannya kepada kehidupan manusia.


Lina.m.y
SKBS

No comments:

Post a Comment