Saturday, 29 November 2014

KEBEBASAN....dalam batas dan sempadan

Tanpa ada sekatan
Tanda ada keresahan
Dalam tiap jalan yang ditinggalkan
Dalam tiap jejak yang tidak berbekas..

Keretakan mennanti belah
Menyiat luka yang kian dalam
Hingga darah tiada masa berhenti

Hingga sakitnya tidak terasa pilunya


Jalan-jalan yang ditinggalkan
Menyesakkan bila kembali 
Melingkari tiap ingatan yang mahu dibuang

malah terasa dilemparkan sejauhnya
Mencari sempadan
Mencari batasnya


Setiap kali datang bertandang
Setiap kali hadir bertamu
Betapa sukarnya terpadam

Betapa susahnya menghindari


Tetiba dalam jalan 
Mata terbuka
Tika tiba masanya

Tika sedar hanya igauan
Igauan yang hanya mimpi
Dalam sedar terus berjaga



No comments:

Post a Comment