Saturday, 29 November 2014

DEBU BERTERBANGAN


Mencari dalam angin berbisik
Dalam rangkaian rasa yang pelbagai
Menyusuri tiap tiupan yang jujur
Saling berbicara saling berkata-kata

Tika melintasi lorong yang kelam
Debaran kian nyata
Adakah berhak ianya bertamu
Sekadar menyapa
Dalam sedar atau sebaliknya

Tetiba tarian hilang seni
Tetiba jemari jadi kaku
Tetiba kata hilang bahasanya
Tetiba bicara tiada jiwanya

Terkedu
Bila angin terus berpapasan lalu
Tanpa terlebih dahulu mengetuk bertanya

Terdiam
Bila derunya entah kemana hilang iramanya
Hanya deria rasa tanpa ada menyapa cuping telinga

Namun
Angin akan tiba jua...
Tanpa sekatan atas kehendakNYA
Terus menderu tanpa hadnya

Debu tetap berterbangan jua
Nyata tiada noktahnya
Nyata tiada titiknya


lina m. y
Rumahku Surgaku
Seksyen 19





No comments:

Post a Comment