Semerbak haruman kasturi menyelubungi banglo di tepi bukit.Lina berasa segar selepas berenang di kolam yang dibina indah di lapangan kehijauan halaman rumah agam . Hatinya berbunga sebentar lagi .Hamdan akan datang berkunjung menemaninya pada hujung minggu seperti biasa. Dia menyisir rambutnya yang panjang mengurai . Lina bangga dengan kecantikan dirinya yang sentiasa menjadi rebutan para jejaka yang sering mencari peluang untuk mengenali dirinya.
Senyuman terukir di bibirnya yang merah delima. Bayangan semalam terpapar jelas diingatannya. Takkala itu dia sedang membelek-belek majalah yang hendak dibelinya dalam sebuah kedai buku di pinggir sebuah bandar. Tika itu dia berada di situ kerana mengikuti kursus mewakili tempat kerjanya. Tiba-tiba dia terkejut apabila seseorang menyapanya lembut.
"Lina ke ni.......,"tegur seorang pemuda .
Lina menoleh dan memandang kepada pemuda itu.Dia dapati pemuda itu rupanya agak tampan berkumis dan tinggi orangnya. Lina mengamati pemuda itu. Dia cuba mengingati adakah pemuda itu dikenalinya. Walaupun cuba berkali-kali ,namun Lina masih tidak dapat mengenali pemuda itu.
"You ....Armalina Karmila, Anak Tan Sri Ismail ,"kata pemuda itu lagi.
Lina kaget bagaimana pemuda itu boleh mengenali namanya yang sebenar. Dia hanya mampu tersenyum sekadar berbasi menunjukkan rasa hormat. Manalah tahu betul dia terlupa akan kewujudan pemuda itu dalam hidupnya.
"I............Hamdan .Kita pernah bersekolah di sekolah yang sama masa kita remaja dulu. Hamdan Tajul Rosli ,takkan you tak ingat....kan dulu I lah yang rajin menyakat you.....,"kata Hamdan bersungguh-sungguh mengingatkan Lina .
Menjengah wajah budak kepala besar yang sering mengusik saban waktu yang mana membuatkan Lina rimas. Seringkali rambutnya panjang mengurai ditocang dua suka direntap oleh Hamdan yang sengaja mahu membuat Lina marah. Merah padam muka Lina waktu itu menahan marah yang teramat sangat. Dia akan cuba menumbuk Hamdan tetapi Hamdan akan segera melarikan diri sambil tersengih menyeringai mengejek Lina yang akan mengejarnya untuk membalas dendam. Lina geram namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Hamdan memang sengaja menyakatnya. Hamdan hanya mahu mencuri perhatiannya. Lina rasa Hamdan ada hati pada dirinya. Tetiba Hamdan ada di depan matanya. Lina hairan kerana selama ini jejaka di depannya ini telah menghilang setelah tamat alam persekolahan mereka di sekolah menengah. Dia sendiri mengikut haluannya mengikut bapanya berpindah ke ibu kota . Ayahnya dinaikkan pangkat seterusnya mengepalai salah sebuah syarikat yang kini adalah salah satu syarikat yang menjadi sebutan ramai. Malah bapanya dianugerahkan pangkat Tan Sri . Lina pula dihantar bapanya ke Amerika Syarikat melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan .
Lina banyak menghabiskan masanya di sana , Dia langsung tidak menjengah negaranya seingatnya selama empat tahun kerana kebanyakan waktu Tan Sri Ismail dan Puan Sri Sufiah banyak ke sana sambil mengunjungi Lina mereka akan melancung ke destinasi yang menarik di Amerika Syarikat.
bersambung................

No comments:
Post a Comment