Saturday, 3 March 2012

Menuju puncak........................



Kehidupan adalah satu pengembaraan................
terus meredah membelah lautan menuju destinasi ......



Menikmati keindahan alam ciptaan ALLAh mengasyikkan..
betapa damainya merenung kebiruan langit saujana melaut
betapa tenangnya tika melihat air laut melaut tiada bertepi

betapa rianya jiwa menyaksikan sekawan ikan lumba-lumba bersaing sambil mempersembahkan akrobatiknya........
betapa kagumnya memandang bertaburan bintang bersinar menerangi malam yang kelam........


namun......
kehidupan tiadak selalunya indah..........
pelbagai rintang yang perlu ditempuhi ...
ada tika melawan ombak yang menganas tinggi mencecah pohon nyiur..
ada masa menempuh hujan selebat-lebatnya diiringi kilat dan petir yang menakutkan
ada kala terpaksa menepis bongkah-bongkah ais berlaga.....
ada waktunya berhadapan dengan lanun-lanun yang tiada peri kemanusiaan...

kehidupan tetap diteruskan...
tika rebah hingga tersungkur...
bangkit semula dengan semangat yang baru..
tika telinga bingit dengan pelbagai bunyi dan irama yang sumbang...
biarkan kerana ianya akan berlalu jua..
tika hati terluka sehingga berdarah tercalar dengan kata-kata yang nista..
ubatinya dengan kesabaran dengan mengingatkan diri amanah harus dilunaskan..
tika rasa sakit menyelubungi diri dengan seribu rasa..
serah diri padaNYA....kita hanya hamba ALLAH maha mengetahui segala-galanya..

Pengembaraan menuju puncak perlu dilunaskan...
belayar meredah lautan bak pewira..
menjadi nokhoda yang sentiasa terbuka minda..

Utamakan kepentingan yang mana perlu didahulukan..
Kita hanya perancang..
Kita hanya pengarah..
Kita hanyalah hambaNYA......
yakin diri..

mengerti antara batas dan sempadan..
ALLAH maha mengetahui...
Lalui dengan ikhlas jujur kerna ALLAH semata-mata..
Insyaallah......kejayaan yang berganda akan menjadi milik kita semua......




No comments:

Post a Comment