
Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa tranformasi kepada
prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik,
baik kepada lebih baik.
Sekolah yang dipilih merangkumi sekolah berprestasi rendah,
sederhana dan cemerlang dengan harapan untuk meningkat prestasi di semua
peringkat. Sekolah Amanah bertujuan untuk mempercepatkan proses penambahbaikan
dalam melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap
permulaan.
Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway merupakan sekolah amanah
kohort 2015 dan kini berada di Tahun yang keempat. Berusaha dalam memantapkan
budaya yang diterapkan terutamanya dalam P d Pc yang berkualiti. Melaksanakan
tranformasi bukanlah sesuatu yang mudah perlu sederap satu saf bersama-sama
mengharungi setiap modul yang ditetapkan.
Bermula daripada Goal 1 about Leardership yang pastinya
pemimpin tidak akan berhenti terus mempunyai azam dan berusaha menjadikan ianya
satu realiti.
Dengan izinNya, tiada kamus putus asa dan tiada noktah dalam
membimbing, mendidik dan menjadi mentor dalam mengurus dan belajar mengurus.
Syukur alhamdulliah dari hari ke hari keberhasilan nampak
jelas dan semakin berkembang dan in sya Allah akan menjadi mantap.
Syabas SLT SKBS....all my PK
Moga vision SKBS ke Persada dipermudahkan Allah...aamiin
No comments:
Post a Comment