Kelmarin yang masih segar.....
takkala aku melintas di laluan yang sama
aku terpaku dalam ingatan semalam yang menjengah semula
menjadi aku perindu yang menitip rasa dalam sendu
mencari-cari kisah semalam yang baru terasa bermula
antara sedar aku kehilangan yang mana kian terpadam
dalam perjalanan yang tak mungkin kembali semula
takkala aku beriringan di batas yang sama
aku terjelepuk dalam kadar rasa yang meraih juraian airmata
merembes tak dipaksa tika cerita berkisah di perdu masa
terasa tapak tak terdaya melangkah mencari jejak yang ditinggalkan lama
hati-hati yang berkecamuk antara rindu dan airmata
takkala cerita kembali melingkari rasa
ku lihat betapa indah kilauan kehidupan antara sesama keluarga
meniti tiap jalan yang terbentang dengan limpahan kasih tiada bezanya
tergiang seloka bonda bercerita tiap malam dikeliling permata
beriringan mewarna siang dan malam dengan rasa dan corak yang nyata
takkala menyeberang sungai di tempat yang sama
arus deras terasa mencengkam kembali bertaut tiap rantaian kisah yang bertamu
masih terasa gigil tiap kali meniti empangan menuju ke seberang
mencetus semangat juang yang tidak pernah pudar dalam membina tembok
demi menjadikan tiap warna seterusnya adalah lebih bermakna dan dihargai
takkala meniti jambatan gantung di hilir
aku termanggu dalam kisah tengkujuh yang berkunjung tiba
serasa kaki lenguh menghilir menempuh lumpur dan selut
tiada suara lagi tika pacat kekenyangan hinggap pada betis
tiada bicara lagi tika nafas tercungap-cungap merentas gelap yang semakin nyata
sejarah telah tertinta
mencetus rasa dalam langkah dan gaya
tiap jejak terpahat bangga
kerana dilingkari mata hati yang ada jiwa
lina my 23 november 2012
putra height

Pencetus rasa.........
Hamparan rasa melimpahi
Pada tiap inci dinding jiwa
Meneraju keresahan yang kian memuncak
Mencari noktah hujung jawabannya
Tetiba ada sendu bertamu
pada lorong tiada ketahuwan
melilau pada titis-titis yang gugur
melempias amarah mencari punca
adakah ia yang sebenarnya ada
Lenyaplah kehalusan seni kata
menyirap tika ada cuba mencelah
atas landasan yang kehilangan batasnya
mencari siapa antara siapa
Kebenaran akan berkunjung akhirnya
memberi makna tiap kekeliruan yang ada
hanya Dia bisa mengerti
kerna Dia mengetahui segala-galanya....

Pada tiap inci dinding jiwa
Meneraju keresahan yang kian memuncak
Mencari noktah hujung jawabannya
Tetiba ada sendu bertamu
pada lorong tiada ketahuwan
melilau pada titis-titis yang gugur
melempias amarah mencari punca
adakah ia yang sebenarnya ada
Lenyaplah kehalusan seni kata
menyirap tika ada cuba mencelah
atas landasan yang kehilangan batasnya
mencari siapa antara siapa
Kebenaran akan berkunjung akhirnya
memberi makna tiap kekeliruan yang ada
hanya Dia bisa mengerti
kerna Dia mengetahui segala-galanya....

Sebuah senyuman........
terlerai sebuah resah yang terbelenggu
lenyap secebis rindu yang mengamit
lenyap secebis rindu yang mengamit
hilang sekelumit rasa yang mengganggu
berterbangan tika senyuman bertamu
pada bibir mungil yang lurus
ikhlas menjamu.....
mimpikah aku..........
tika senyuman itu menyelak pintu hati
memberi kelapangan
pada dada yang ada tika terasa semak
tetiba seluas lautan yang tenang
selapang hanparan rerumput yang menghijau
seindah sang kejora berkelipan
menerangi malam yang berbintang
membina harapan
memberi jalan
Tetiba semangat menjelma kian menyengat
mencari dan memburu
berlari ke puncak
dengan kehendak dan izinNYA
menjadi milik hakiki
bukan sahaja pada diri
malah semua insan seadanya...

No comments:
Post a Comment