Tuesday, 5 June 2012

KEINDAHAN RASA..........usaha dihargai.....


MOTIVASI & BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SK SEKSYEN 27(2) SHAH ALAM



ANJURAN BERSAMA


UNIT KURIKULUM SKS 27(2) , UNIT KAUNSELING DAN GURU-GURU TAHUN 6 


DENGAN


SHAHMASTER

SESI 2012

       Tanggal 25 hingga 27 Mei 2012 .seramai 106 permata tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seksyen 27(2) diiringi oleh seramai 8 orang guru berkampung di Singgah Santai Resort Ulu langat untuk menjalani Motivasi dan Bengkel Teknik Menjawab 2012.
Selama tiga hari dua malam semua permata menjalani sesi motivasi menyemarakkan semangat juang ke tahap optima meneruskan perjuangan dengan melipat gandakan usaha untuk mencapai impian diri,ibubapa,guru dan sekolah tercinta. Ini adalah salah satu program yang dirancang setiap tahun dalam mendedahkan permata-permata ini bagaimana teknik untuk menjawab soalan-soalan berformatkan UPSR. Teknik-teknik ini sebenarnya telah pun diajar oleh guru-guru pakar sekolah ini sendiri namun permata-permata ini dipersembahkan sekali lagi bagi memantapkan lagi dengan gaya tersendiri dari segi penyampaian dan cara yang berbeza. Berlatar belakangkan suasana dan panorama indah di Singgah Santai Resort Hulu langat ini besarlah harapan pihak sekolah agar segala apa yang disasarkan akan menjadi satu realiti. Ini adalah salah satu usaha dalam meningkatkan peratus pencapaian UPSR 2012 dari segi kuantiti dan kualiti. 
              Bertambah manis lagi malah menyemarakkan usaha semua pihak ,Guru besar Encik Mohamad bin. Haji Napis sudi hadir seterusnya bersama-sama permata hingga ke akhirnya. Sekalung terima kasih yang tidak terhingga dan terharu atas kesudian beliau turut bersama yang mana ini menunjuk beliau turut menyokong penuh usaha murni warga SKS 27(2). Beliau berpesan dalam teks ucapannya beliau berharap usaha jangan berhenti di sini sahaja malah terus berjuang hingga ke akhirnya.
              Bertambah riuh lagi suasana dengan kehadiran PK HEM Encik Mohd Amin bin Bahari menyertai bengkel pada petangnya. Terima kasih kerana sudi singgah walau pun katanya beliau ada tugasan lain dan mahu balik ke kampung.
             Pelbagai agenda disusun yang mana utamanya ialah Bengkel Teknik Menjawab. Rasa terlalu cepat masa berlalu  bila mengikuti tiap bengkel yang diadakan terutamanya Bengkel Teknik Menjawab Sains oleh Pakar Sains iaitu Encik Johari. Andai kata kita tidak minat Sains sekali pun kita ikuti sepenuhnya kita akan cepat faham dan boleh rasanya mengajar Sains terutamanya bahagian B. Apa yang disampaikan tidak jemu malah lawaknya membuatkan kita terpaku walaupun tika itu mata yang selalunya bertemankan bantal boleh jaga sepenuhnya. Bergitu juga dengan bengkel-bengkel yang lain. Terima kasihlah para pakar yang dijemput khas.

        Meniup semangat juang di hati permata-permata ini ,mereka diberi motivasi melalui segmen-segmen yang disediakan malah pelbagai akviti yang mencabar disusun dalam menjana minda mereka bersedia menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan menuju ke arah target yang digapai 5A. Mereka diberi tugasan yang mencabar yang mana salah satu mendaki bukit dan menuruni lurah yang curam. Berbekalkan tali mereka berjaya merentasi halangan dengan sokongan padu para trainer dan guru-guru yang turut serta mencuba akviti yang lasak ini. Lebih bermakna sang suami-suami yang setia menemani sepanjang bengkel mengambil alih tugas menjaga permata mereka turut serta mendaki bersama menjadikan aktiviti ini lagi menyemarak semangat juang pada kami semua yang berkampung di sini.
            Selepas berhempas pulas mendaki ,para permata diberi berendam di kolam yang disediakan sambil para trainer memerhati keselamatan mereka. Apa lagi para guru yang kepuasan dapat menyelesaikan dakian turut sama berendam sepuas-puasnya. Apa lagi ,ibarat ikan berjumpa haknya.....

            Selain itu,permata-permata ini diberi aktiviti yang lebih mencabar "night walk". Mereka dibawa berjalan ke satu kawasan lapang dan di lepaskan 5 sekawan berjalan semula ke resort bertemankan bintang di langit. Ianya merupakan cabaran pada para perserta dalam mencabar diri melakukan sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan. Tahniah pada yang berjaya melepasi tahap ketakutan .
            Esuknya sekali lagi mereka berqiamulai sebelum subuh. Alhamdulliah perlaksanaannya berjalan seperti yang dirancang.Selepas bersarapan mereka diberi lagi tugasan yang lebih mencabar .
           
Melalui pelbagai variasi permata-permata menjadikan kita semakin matang dalam mengenali watak-watak sebenarnya mereka dan ini memudahkan lagi dalam kita menambah baik cara P& P kita untuk memastikan hala tuju kita mengikut jalan yang sepatutnya. 

          Sesi penutup,didapati kepuasan di wajah-wajah permata. Kita sebagai perancang mengharapkan terbaik namun sebagai insan hamba kepadaNYA perlu redha atas apa yang tersurat. Dari sudut positif dan yang ada sepanjang saat berkampung di sini, puas dan rasanya mengapai apa yang ditargetkan. Dalam memenuhi setiap kehendak kita cuba sedaya-upaya .Rasanya pencapaian pengurusan program ini ada peningkatan dari semua sudut.
         Perjuangan tidak akan berhenti di sini sahaja malah akan diteruskan lagi dengan pelbagai usaha yang telah dirancang. Harapan moga semua pihak memberi sokongan padu ke arah merealisasikan impian semua. Kejayaan tidak datang bergolek malah usaha semua pihak perlu. Kejayaan yang dikecapi adalah untuk semua pihak  atas nama sekolah kita .
      https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/317985_2162349355356_1133305371_n.jpg
                                   













































































































































https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/547689_416273965079431_100000904938366_1266722_596708972_n.jpghttps://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/560117_416273945079433_100000904938366_1266721_342022238_n.jpg

No comments:

Post a Comment